Wednesday, August 5, 2009

Novel untuk dijual 02

02. CREATIVE ENTERPRISE



Perpisahan...rindu adalah sengsara yang paling indah!. Adakalanya kesetiaan itu terlalu menyakitkan. Penantian itu amat menyeksakan. setelah sekian lama bertemu muka, bertukar cerita, menyulam suka, rupa-rupanya yang dinanti hanya di depan mata! Namun kepedihan yang bertahun diharung demi menggapai unggulnya cinta tetap bersalut duka...memerlukan pengorbanan yang mengalirkan luka di dada, mencambahkan rindu yang bukan sedikit, menyemai sayang yang kian membukit. Selagi cinta dan setia tetap membara, segalanya rela ditempuhi bersama demi mencanai impian bahagia!.

TAJUK :MUTIARA KASIH
PENULIS: HASLINDA ISMAIL
HARGA : RM18.90
HARGA JUALAN:RM14.00




Ada kasih antara kita, namun yang kucari ialah cinta... Kelahirannya tidak dirancang, bahkan tidak diinginkan. Namun dia wujud dan mereka yang menyebabkannya lahir harus dicari untuk dikenali. Lalu, bisakah zuriat terlarang ini diterima? Masih adakah lagi sayang dan perikemanusiaan? Adakah kasih yang sekian lama subur di jiwanya bakal dituai dengan cinta atau dicantas dengan racun yang berbisa?
Dia berdoa agar kelopak cinta yang gugur di genggaman kasih akan dibelai penuh manja. Namun akan tertumpah ke manakah lagi kasih anis yang semakin mekar? Mampukah Azhar menjadi tangkai berduri yang menjunjung mawar yang semakin layu? Seharusnya pengajaran lalu mengajar Azhar erti berterus terang dan kecekalan Anis bisa menjadi cahaya buat penyuluh jalan ke tasik yang dibanjiri kasih sayang.

TAJUK :KASIH KITA
PENULIS: NAJWA AIMAN
HARGA : RM23.90
HARGA JUALAN:RM15.00




Raihan, cinta tercipta daripada bauran rasa yang tercerna...daripada limpahan kasih yang tiada penghujungnya... Hati ini mencintaimu namun layakkah aku berada di sisimu? aku cuma satu daripada jutaan buih di pantai yang sering mengharapkan butiran pasir mengingati kehadirannya. Namun mampukah pantai mengingati buih yang silih berganti datang dan pergi? itukah aku... yang sering menduga-duga hati sendiri tanpa berani mencabar siapa sebenarnya aku di hatimu...

TAJUK :SEINDAH SENYUMMU KASIH
PENULIS: HELEN
HARGA : RM16.90
HARGA JUALAN:RM10.00




Hidup ini adalah rindu yang tak bertepian... Demi Tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cintaku yang telah lama hilang. Aku cuma mahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. Aku tidak mahu apa-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. Jangan tinggalkan aku dalam rindu yang tidak bertepian ini. Benarkan aku hilang di dalam keabadian cintamu dan restu yang membahagiakan kita selamanya.
Jika kau pergi, maka aku tidak akan dapat bernafas di dalam dunia yang kejam ini. Aku tidak akan mampu mengharungi hari demi hari yang menyakitkan ini. Hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. Hanya engkau yang membuatkan mentariku berputar di atas paksinya. Hanya engkau...

TAJUK :CINDERALELA CINTA
PENULIS: JOHN NORAFIZAN
HARGA : RM23.90
HARGA JUALAN:RM15.00

No comments:

Post a Comment